BIODATA : Wan Osman Wan Awang ataupun dikenali dengan nama Usman Awang adalah antara salah satu pengarang sastera yang unggul yang ada di negara kita. Beliau dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant dan mula melakar nama dalam bidang penulisan karya sastera. Beliau dilahirkan pada 12 Julai tahun 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001. Beliau berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang senang dan pernah melalui alam kemiskinan menyebabkan beliau hanya mampu belajar hingga darjah enam sahaja di Sekolah Melayu dan hal tersebut tidak membenarkannya untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi. Perkara tersebut telahpun menyekat minat beliau yang gemar membaca. Beliau berpeluang untuk menjalani kehidupan sewaktu negara kita dijajah suatu ketika dahulu yang banyak memberi impak dalam hidup beliau. Pada penjajahan Jepun, beliau dipaksa untuk menjadi buruh paksa di Singapura. Seterusnya beliau...