Skip to main content

Pengarang Sastera : Usman Awang

 



BIODATA :

     Wan Osman Wan Awang ataupun dikenali dengan nama Usman Awang adalah antara salah satu pengarang sastera yang unggul yang ada di negara kita. Beliau dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant dan mula melakar nama dalam bidang penulisan karya sastera. Beliau dilahirkan pada 12 Julai tahun 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001. Beliau berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang senang dan pernah melalui alam kemiskinan menyebabkan beliau hanya mampu belajar hingga darjah enam sahaja di Sekolah Melayu dan hal tersebut tidak membenarkannya untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi. Perkara tersebut telahpun menyekat minat beliau yang gemar membaca. Beliau berpeluang untuk menjalani kehidupan sewaktu negara kita dijajah suatu ketika dahulu yang banyak memberi impak dalam hidup beliau. Pada penjajahan Jepun, beliau dipaksa untuk menjadi buruh paksa di Singapura. Seterusnya beliau menjadi seorang anggota polis pada era pemerintahan Inggeris. Beliau seterusnya mula berhijrah dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama 6bulan sebelum menjadi pemberita di Singapura. Pada tahun 1962, beliau meneruskan lagi kerjaya beliau dengan bekerja di Penerbitan Federal sebagai pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka. Setelah lama berkhidmat, beliau bersara dan mula mengaktifkan diri dalam pertubuhan masyarakat.

SUMBANGAN :

     Beliau banyak menyumbang bakti dalam dunia persuratan melayu khususnya dalam bidang penulisan sajak. Sajak-sajak yang dihasilkan beliau amatlah membantu menarik minat dalam persuratan Melayu dan meningkatkan penghayatan dalam karya sastera yang ditulis. Antara sajak yang dihasilkan beliau yang terkenal adalah "Pak Utih", "Ke Makam Bonda" dan "Nasib Buruh". Beliau juga ialah seorang penyair terkenal yang mampu mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam sajak beliau. Beliau bijak dalam penyusunan kata-kata dalam penghasilan sajak untuk memastikan keindahan bunyi dapat dihasilkan ketika beliau bersyair. Beliau juga telah memenangi SEA Write Award pada tahun 1982.

KARYA :

     Beliau lebih dikenali dengan penulisan lebih 200 puisi dan drama sepanjang kerjayanya sebagai penulis. Antara sajak yang cukup sinonim denban nama Usman Awang adalah "Bunga Popi","Gadis Kecil", "Ke Makan Bonda", "Kekasih", "Kurang Ajar", "Pak Utih " dan "Suara Dari Pusara". Selain itu, beliau juga telah menghasilkan drama dan antara yang terkenal adalah Matinya "Seorang Pahlawan", "Serunai Malam" dan "Malam Kemerdekaan". Pada tahun 1983 beliau telah diberi penghormatan menerima anugerah dan gelaran "Sasterawan Negara"


     Diharapkan kita tidak mudah leka dengan pengorbanan sasterawan negara yang bertungkus lumus untuk memartabatkan bahasa Melayu khasnya dalam bidang sastera. Semoga lebih ramai lagi karyawan yang dapat dilahirkan dan mampu melindungi seterusnya mengangkat martabat bahasa Melayu ke peringkat lebih tinggi.




Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMA : TOK GURU NIK AZIZ

    Tokoh agama yang ingin diceritakan kali ini amatlah menyayat perasaan aku. Tatkala namanya disebut aku menjadi sebak dan sayu merindukan sosok tokoh agama yang amat berjasa kepada masyarakat, negara dan agama Islam ini. Tokoh agama tersebut ialah Nik Aziz Bin Nik Mat, ataupun dikenali dengan panggilan Tok Guru Nik Aziz, namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.     Sebelum aku meneruskan lagi penulisan berkaitan beliau, aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku waktu kecil dahulu bersama beliau. Sewaktu kecil dahulu, aku berpeluang untuk mendapat berkat bercukur dengan arwah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Sungguh bangga diri ini apabila ibuku menceritakan bahawa aku merupakan antara yang bertuah untuk merasakan itu waktu kecil sedangkan adik beradikku yang lain tidak berkesempatan untuk merasakan bercukur dengan arwah. Hal tersebut sehingga hari membuat diriku bangga dan bersyukur. Aku bahkan tidak sempat mengenali beliau kerana waktu bel...

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...