Skip to main content

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

   



 Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.




    Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah Melayu sesuai dengan arus kemodenan negara dan pemikiran gaya moden. Hal ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pembaca apabila melihat karya tersebut kerana mungkin ada sesetengah pembaca yang tidak peka maksud sebenar Sulalatus Salatin. Terdapat pelbagai versi yang diterjemahkan berkaitan karya tersebut bagi meluaskan lagi pemahaman pembaca berkaitan sejarah Melayu. Versi-versi yang diterbitkan mungkin mempunyai kelainan sedikit namun konteks yang ditulis tetap sama. Tujuan penulisan Sulalatus Salatin antaranya untuk mengangkat martabat dan kedudukan raja-raja Melayu serta sejarah silam rajaraja Melayu pada zaman pemerintahan Melayu Melaka.  



    Sulalatus Salatin banyak mengisahkan tentang kisah raja-raja Melayu dan cara pemerintahannya. Dalam karya tersebut, mengisahkan tentang kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan pemerintahan raja Melaka. Pemerintah Melaka pada zaman tersebut antaranya adalah Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultam Mahmud Syah. Karya tersebut juga menceritakan tentang pembentukan negeri Melaka sebagai pusat bersejarah Melayu dan bagaimana masyarakat Melayu terbentuk pada mulanya. Selain itu, terdapat juga kisah salasilah keturunan diraja dan bagaimana pemerintahan dijalankan pada zaman Melayu Melaka. Ini mampu dijadikan contoh bagaimana menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama yang sepatutnya dijalankan. Penceritaan dalam Sulalatus Salatin adalah mengikut alur peristiwa dan banyak dipengaruhi dengan aspek politik yang dijalankan oleh raja-raja Melayu.


    Naskah Sulalatus Salatin telah banyak dihasilkan dan mampu tersebar dengan lebih luas untuk meluaskan lagi pengetahuan tentang sejarah Melayu pada zaman dahulu. 







Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMA : TOK GURU NIK AZIZ

    Tokoh agama yang ingin diceritakan kali ini amatlah menyayat perasaan aku. Tatkala namanya disebut aku menjadi sebak dan sayu merindukan sosok tokoh agama yang amat berjasa kepada masyarakat, negara dan agama Islam ini. Tokoh agama tersebut ialah Nik Aziz Bin Nik Mat, ataupun dikenali dengan panggilan Tok Guru Nik Aziz, namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.     Sebelum aku meneruskan lagi penulisan berkaitan beliau, aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku waktu kecil dahulu bersama beliau. Sewaktu kecil dahulu, aku berpeluang untuk mendapat berkat bercukur dengan arwah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Sungguh bangga diri ini apabila ibuku menceritakan bahawa aku merupakan antara yang bertuah untuk merasakan itu waktu kecil sedangkan adik beradikku yang lain tidak berkesempatan untuk merasakan bercukur dengan arwah. Hal tersebut sehingga hari membuat diriku bangga dan bersyukur. Aku bahkan tidak sempat mengenali beliau kerana waktu bel...

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Pengarang Sastera : Usman Awang

  BIODATA :      Wan Osman Wan Awang ataupun dikenali dengan nama Usman Awang adalah antara salah satu pengarang sastera yang unggul yang ada di negara kita. Beliau dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant dan mula melakar nama dalam bidang penulisan karya sastera. Beliau dilahirkan pada 12 Julai tahun 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001. Beliau berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang senang dan pernah melalui alam kemiskinan menyebabkan beliau hanya mampu belajar hingga darjah enam sahaja di Sekolah Melayu dan hal tersebut tidak membenarkannya untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi. Perkara tersebut telahpun menyekat minat beliau yang gemar membaca. Beliau berpeluang untuk menjalani kehidupan sewaktu negara kita dijajah suatu ketika dahulu yang banyak memberi impak dalam hidup beliau. Pada penjajahan Jepun, beliau dipaksa untuk menjadi buruh paksa di Singapura. Seterusnya beliau...