Skip to main content

Warisan Budaya di Malaysia

    Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri.


Baju Melayu & Baju Kurung


Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat majlis rasmi ataupun pada hari perayaan Aidilfitri. Baju Melayu dipakai oleh lelaki beserta songkok sebagai aksesori manakala baju kurung dipakai oleh wanita. Pemakaian ini mampu menonjolkan keperibadian yang sopan dan baik.

Cheongsam


Seterusnya, pakaian bagi masyarakat Cina yang disebut sebagai Cheongsam. Sama seperti pakaian tradisional masyarakat Melayu, pakaian tradisional masyarakat Cina juga tidak lapuk ditelan zaman dan masih kekal diwarisi sehingga hari ini. Pakaian ini juga sering dipakai pada majlis rasmi seperti hari perkahwinan dan perayaan Tahun Baru Cina. 

Sari & Kurta


Bagi kaum India pula, mereka memperagakan pakaian tradisional mereka yang dikenali dengan sari untuk kaum wanita dan kurta bagi kaum lelaki. Pakaian ini sering dipakai pada waktu perayaan Deepavali atau pada majlis-majis rasmi tertentu. Sari seringkali dipakai dengan sehelai kain yang panjang diselempangkan di sebelah bahagian bahu dan mendedahkan bahagian pusat. Hal ini adalah mengikut kepada kepercayaan Hindu mereka. Manakala Kurta diakai oleh kaum lelaki India. Kurta tersebut merupakan sebuah kemeja yang berukuran hingga ke paras lutut dan dijahit menggunakan kain linen ataukapas.





Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...