Skip to main content

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH


BIODATA 

Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Nama Gelaran: DMFK
Tarikh Lahir: 16 Julai 1951
Nama Ibu: Aishah Abdul Samad
Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor
Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik
Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata

PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor
Sekolah Tinggi Klang, Selangor
1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya.
1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA
1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA

KERJAYA

    Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan yang mampu menjadi panduan dan pedoman hidup masyarakat. Isu-isu yang sering diperbincangkan oleh beliau adalah meliputi aspek pembelajaran, kekeluargaan, perceraian dan perkahwinan. Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya-karya dan mengeluarkan buku-buku yang berkaitan isu motivasi.

    Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1977 dan bersara pada tahun 1993. Bermula tahun 1989, beliau makin bergiat aktif dalam bidang penceramahan. Beliau mula muncul dalam rancangan televisyen dan berceramah mengenai kelebihan Ramadan dalam Program Syiar Ramadhan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pada tahun 1991, beliau dijemput untuk program terbitan TV3 sebelum beliau mula meubuhkan syarikat sendiri. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan kegiatan luar serta dilantik dalam Board of Director (BOD).

PENULISAN/KARYA

    Beliau banyak mengeluarkan buku-buku yang dapat memberi semangat dan motivasi kepada seluruh lapisan masyarakat. Antara karya yang dihasilkan adalah Psikologi Cinta, Petua membantu anaka berjaya, Tip menjadi pelajar IPT cemerlang, Soal jawab Praperkahwinan, Menjalin Hubungan Bahagia, Kuasa hijrah kuasa untuk berubah, Petua menangani stres dan Merancang Kejayaan. Umumnya, beliau banyak menghasilkan karya penulisan yang mefokuskan kepada memberi kejayaan kepada anak muda. Beliau juga mampu menghasilkan anak didik yang berjaya termasuklah penceramah terkenal di Malaysia contohnya Ustaz Ebit Lew.







Comments

Popular posts from this blog

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...