UiTM: Cadangan Terima Bukan Bumiputera
Berikutan isu ini, pada hari bertarikh 16 Mei 2024, pelajar UiTM mula memulakan gerak langkah untuk membantah daripada keputusan itu dilaksanakan oleh pihak atasan. Rata-rata pelajar mula berkempen untuk tidak mahu pelajar bukan Bumiputera melanjutkan pelajaran di sana. Pelajar berkempen dengan memakai pakaian serba hitam bagi menegakkan keadilan mereka sebagai pelajar Bumiputera. Pelajar berharap agar pihak universiti dapat mengekalkan objektif utama penubuhan universiti tersebut iaitu untuk melindungi hak dan membangunkan pelajar Bumiputera.
Isu tersebut mula dibangkitkan apabila sebagai suatu tindakan kecemasan yang diutarakan oleh pihak atasan bagi membantu pelajar Bumiputera. Hal ini dikatakan demikian kerana, kemasukan pelajar bukan Bumiputera adalah untuk membantu menangani masalah pakar jantung di Malaysia. Hal ii kerana pakar jantung di Malaysia amatlah sedikit dan lebih memerlukan lebih banyak graduan daripada bidang ini bagi menampung kes kesihatan yang dialami oleh negara kita pada hari ini. Hal ini adalah kerana UiTM antara satu-satunya institusi yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks.
Comments
Post a Comment