Skip to main content

KRITIKAN DRAMA

 


    Drama merupakan sebuah drama hasil karya Sharulezad Mohameddin yang telah ditayangkan di kaca tv dan dibintangi oleh pelakon Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Drama ini telah banyak menyebabkan perasaan rakyat Malaysia kacau bilau akibat plot drama ini menarik dan penuh dengan emosi yang turun naik. Drama ini banyak memberi pengajaran dari awal hingga akhir cerita. Hal ini kerana drama ini banyak menyelitkan elemen islamik seperti watak Nur sendiri. Drama ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang dipaksa untuk menjual diri demi keluarga. Setelah Nur meningkat dewasa, dia cuba untuk berubah dan mula tertarik untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam tambahan lagi apabila telah berjumpa dengan Ustaz Adam. Nur juga banyak mengalami kritikan oleh orang sekekliling yang mula mengkritik dia untuk berubah ke arah baik kerana telah dianggap pendosa dan kotor kerana masa lalunya sendiri. Drama ini banyak mengetengahkan kritikan sosial yang banyak menilai masyarakat berdasarkan kisah silam walaupun seseorang itu telah berusaha untuk berubah kearah kebaikan. 

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...