Skip to main content

KRITIKAN FILEM

 


    Filem Mat Kilau telah diterbitkan oleh pengarah terkenal di Malaysia iaitu Syamsul Yusof. Filem ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat Melayu kerana ia menceritakan kembali sejarah Melayu sewaktu zaman tanah Melayu dijajah oleh British dahulu. Penghasilan filem ini telah membuat ramai masyarakat Melayu yang dapat meningkatkan semangat nasionalisme dalam diri. Filem ini telah mendapat rating tertinggi yang dihasilkan. Berdasarkan pengalaman aku sendiri menonton filem ini, filem ini banyak memberi pengajaran dari segi penghargaan dan penghayatan terhadap sejarah Melayu kerana zaman sekarang masyarakat muda telah mula lupa dengan sejarah tanahair yang telah dijajah oleh penjajah asing dahulu. Dengan penghasilan filem seperti ini mampu sedikit sebanyak menaikkan jiwa patriotisme dalam kalangan anak muda. Pada pandangan aku, filem seperti ini seharusnya lebih banyak lagi dihasilkan oleh pengarah Melayu kerana generasi sekarang lebih tertarik untuk melihat filem berbanding belajar daripada buku berkaitan sejarah Melayu. 

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH AGAMA : TOK GURU NIK AZIZ

    Tokoh agama yang ingin diceritakan kali ini amatlah menyayat perasaan aku. Tatkala namanya disebut aku menjadi sebak dan sayu merindukan sosok tokoh agama yang amat berjasa kepada masyarakat, negara dan agama Islam ini. Tokoh agama tersebut ialah Nik Aziz Bin Nik Mat, ataupun dikenali dengan panggilan Tok Guru Nik Aziz, namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.     Sebelum aku meneruskan lagi penulisan berkaitan beliau, aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku waktu kecil dahulu bersama beliau. Sewaktu kecil dahulu, aku berpeluang untuk mendapat berkat bercukur dengan arwah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Sungguh bangga diri ini apabila ibuku menceritakan bahawa aku merupakan antara yang bertuah untuk merasakan itu waktu kecil sedangkan adik beradikku yang lain tidak berkesempatan untuk merasakan bercukur dengan arwah. Hal tersebut sehingga hari membuat diriku bangga dan bersyukur. Aku bahkan tidak sempat mengenali beliau kerana waktu bel...

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Pengarang Sastera : Usman Awang

  BIODATA :      Wan Osman Wan Awang ataupun dikenali dengan nama Usman Awang adalah antara salah satu pengarang sastera yang unggul yang ada di negara kita. Beliau dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant dan mula melakar nama dalam bidang penulisan karya sastera. Beliau dilahirkan pada 12 Julai tahun 1929 dan meninggal dunia pada 29 November 2001. Beliau berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga yang senang dan pernah melalui alam kemiskinan menyebabkan beliau hanya mampu belajar hingga darjah enam sahaja di Sekolah Melayu dan hal tersebut tidak membenarkannya untuk melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi. Perkara tersebut telahpun menyekat minat beliau yang gemar membaca. Beliau berpeluang untuk menjalani kehidupan sewaktu negara kita dijajah suatu ketika dahulu yang banyak memberi impak dalam hidup beliau. Pada penjajahan Jepun, beliau dipaksa untuk menjadi buruh paksa di Singapura. Seterusnya beliau...