Skip to main content

TOKOH AGAMA : TOK GURU NIK AZIZ

    Tokoh agama yang ingin diceritakan kali ini amatlah menyayat perasaan aku. Tatkala namanya disebut aku menjadi sebak dan sayu merindukan sosok tokoh agama yang amat berjasa kepada masyarakat, negara dan agama Islam ini. Tokoh agama tersebut ialah Nik Aziz Bin Nik Mat, ataupun dikenali dengan panggilan Tok Guru Nik Aziz, namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.

    Sebelum aku meneruskan lagi penulisan berkaitan beliau, aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku waktu kecil dahulu bersama beliau. Sewaktu kecil dahulu, aku berpeluang untuk mendapat berkat bercukur dengan arwah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Sungguh bangga diri ini apabila ibuku menceritakan bahawa aku merupakan antara yang bertuah untuk merasakan itu waktu kecil sedangkan adik beradikku yang lain tidak berkesempatan untuk merasakan bercukur dengan arwah. Hal tersebut sehingga hari membuat diriku bangga dan bersyukur. Aku bahkan tidak sempat mengenali beliau kerana waktu beliau meninggal dunia, aku masih kecil. Namun, tatkala aku mendengar namanya, aku menjadi sedih dan rindu dengan arwah. Pemergian beliau amatlah memberikan impak yang besar terhadap kita semua khususnya rakyat Kelantan yang telah kehilangan seorang pemimpin yang amat berjasa, bertanggungjawab dan baik hati. Bahkan beliau banyak mendidik masyarakat untuk terus berjuang mempertahankan agama Isla dalam kalangan masyarakat khusunya anak muda yang kian lama semakin goyah iman dalam diri masing-masing.

BIODATA DIRI TOK GURU NIK AZIZ

                                                     

Nama diberi ialah Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkahwinannya bersama isteri beliau iaitu Tuan Sabariah Tuan Ishak, mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata yang terdiri daripada 5 lelaki dan 5 perempuan. Bapa beliau iaitu Haji Nik Mat Bin Raja Bandar bin Raja Abdullah Bin Raja Mamat merupakan antara keturunan Raja Jembal. Bapa arwah dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim kerana beliau sangat arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau tersohor dengan pengendalian institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

    Pengajian beliau bermula sejak beliau berumur 9 tahun. Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah di Jertih Besut selama setahun sehinggalah timbulnya krisis peperangan Jepun dan pengajiannya terpaksa diberhentikan. Sejak beliau kecil lagi, beliau telahpun didedahkan dengan pengajian kitab-kitab agama yang diajar oleh Almarhum ayahandanya. Beliau diajar untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama sejak kecil lagi. Setelah perang tamat, beliau menyambung pengajiannya seperti biasa. Beliauseterusnya menyambung pengajian tinggi di Universiti Darul Ulum di Deoban, India untuk mendalami ilmu dalam bidang Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Quran, Hadis dan lain-lain. Seterusnya pada tahun 1957 beliau menyambung lagi pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir dan pada tahun berikutnya beliau belajar di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir. Kemudiannya, beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian Bahasa Arab seterusnya mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau pulang ke tanahair setelah mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar pada Februari 1962.

    Sebelum menjadi seorang Menteri Besar dan bergiat aktif dalam bidang politik, beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardhiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang terletak di Kelantan. Beliau juga aktif dalam menyebarkan ilmu-ilmu agama Islam kepada masyarakat. Beliau akan menjadi imam solat subuh pada setiap pagi dan sentiasa memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari rumahnya. 

    Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 Februari 2015 di rumahnya kira-kira selepas satu jam beliau keluar daripada hospital akibat ditahan kerana menghidap kanser prostat tahap empat selama 25 hari. Pemergiannya pada hari Jumaat (mengikut tarikh Islam selepas Maghrib merupakan hari baru) dengan penuh ketenangan di kediamannya yang penuh beersederhana. Pemergian insan ini pastinya amat dirindui sepanjang masa. Kisahnya pasti akan dikenang sampai bila-bila. Al-Fatihah (dibaca) untuk tokoh agama yang cukup berjasa ini....



















Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...