Skip to main content

BBK 3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

Kursus Penglahiran Bakat Kreatif dengan kod BBK3410 adalah antara kursus yang didaftar bagi sem kali ini. Kursus ini banyak mengajarkan tentang karya-karya sastera Melayu dan juga penulis karya yang banyak menghasilkan karya kreatif Melayu di negara kita.



    Dalam matapelajaran ini, banyak memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pelajar berkaitan cara-cara untuk menghasilkan karya kreatif dengan betul dan berlandaskan format yang telah ditetapkan tanpa mengubah unsur estetika karya tersebut. Antara yang dipelajari daripada kursus ini adalah melalui tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu tugasan menghasilkan cerpen dan sajak. Setelah beberapa minggu mempelajari unsur-unsur yang bersesuaian untuk menghasilkan karya tersebut, saya berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan berjaya dengan mengikuti kriteria yang ditetapkan. 



    Sepanjang proses pembelajaran, kursus ini juga banyak mengajar untuk mendalami dan menghayati karya sastera. Selain itu, mengenali penulis karya yang banyak memenangi anugerah sasterawan negara dan SEA Write Award yang disenaraikan. Hal ini juga telah dimasukkan dalam salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan. Tidak dinafikan dengan tugasan ini, saya mampu untuk mengenali dan mempelajari tentang biodata dan pengalaman yang dilalui oleh para penghasil karya yang terdapat di negara kita.




    Tambahan lagi, saya banyak belajar tentang elemen-elemen yang diperuntukkan untuk menghasilkan sebuah karya sastera yang menarik dan berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembaca. Pensyarah juga banyak memberi pendedahan tentang karya-karya sastera yang bagus dan dapat dijadikan bahan bacaan yang baik. Dengan pembacaan ini, pelajar dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang penghasilan karya sastera. 



    Akhir sekali, saya beserta pelajar lain juga turut berpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang sasterawan negara di suatu program yang dianjurkan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini merupakan suatu pengalaman yang indah dan berharga bagi kami semua kerana mampu untuk berjumpa dengan sasterawan yang dapat menghasilkan karya sastera dan banyak memberi sumbangan kepada bidang kesusasteraan Melayu di negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...