Skip to main content

Budaya Tempatan Kian Terhakis

 


Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 67 tahun dan ianya bukanlah suatu perjuangan yang mudah. Pemerintah negara yang terdahulu telah banyak memperjuangkan hak negara kita apabila telah banyak dijajah oleh orang asing. Negara kita telah banyak menghadapi cabaran dan ancaman dari segi budaya, agama, dan gaya hidup masyarakat. Antara ancaman terbesar yang pernah dihadap iaitu kepada pemimpin negara kita sendiri untuk mencapai kemerdekaan bagi mempertahankan segala hak yang sepatutnya diperjuangkan oleh rakyat Malaysia.


    Namun, sungguhpun negara kita dikatakan telah merdeka telah lama. Tanpa kita sedar, hingga kini negara kita masih lagi dijajah secara halus. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini masih lagi mengamalkan gaya hidup dan budaya Barat khususnya golongan remaja. Sebagai contohnya, penggunaan media sosial kini semakin berleluasa dan banyak memberi pengaruh buruk kepada golongan masyarakat kini tidak mengira usia dan lapisan masyarakat. 



    Masyarakat hari ini semakin luntur semangat nasionalisme dan mula mengikut perkara-perkara yang ditunjukkan oleh budaya barat. Semangat mengamalkan budaya tempatan semakin terhakis kerana dikatakan telah lapuk ditinggal zaman. Contohnya, golongan remaja kini banyak mengamalkan fesyen demi mengikut trend Barat, Fesyen pemakaian baju yang tidak bersesuaian dengan tradisi kita menyebabkan mereka sudah hilang nilai apresiasi terhadap budaya Melayu yang sebenar.

    Budaya kita juga telah mula menjadi rojak dek kerana percampuran dengan ajaran Barat yang mula mempengaruhi pemikiran masyarakat tempatan. Bagaimana untuk meningkatkan kembali semangat ini dalam kalangan masyarakat? itu menjadi persoalan utama yang kerap kali didengari hingga kini. Semakin meningkat arus kemodenan negara, masyarakat mula menjadi semakin bijak untuk memikirkan cara bagi mengikut arus kemodenan yang seringkali meningkat di negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...