Skip to main content

ISU SASTERA : PERKASA KESUSASTERAAN MELAYU

 





      Isu sastera pada peringkat sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi saban hari semakin hangat diperkatakan dek kerana dikatakan telah terhakis ditelan zaman. Subjek sastera di sekolah telah dipandang remeh oleh kerana pelbagai isu yang berbangkit seperti kebolehpasaran bekerja dalam bidang tersebut. Kini, subjek STEM lebih menjadi pilihan kerana dikatakan peluang pekerjaan dalam bidang STEM lebih meluas dan banyak jika ingin dibandingkan dengan sastera. 



    Stereotaip masyarakat banyak mengatakan bidang sastera tidak meluas dan graduan daripada bidang tersebut hanya mampu melanjutkan minat mereka untuk menjadi seorang pensyarah, guru dan pengarang sahaja sedangkan lebih banyak bidang kerja yang mampu diaplikasikan ilmu sastera. Gejala ini semakin berlarutan dan akhirnya tidak banyak sekolah yang mula menawarkan aliran sastera kepada pelajar. Hal ini adalah untuk membolehkan sekolah memfokuskan pelajar kearah bidang lain contohnya aliran sains, perniagaan dan ekonomi. 





    Tambahan pula, aliran Kesusasteraan Melayu ini diletakkan sebagai subjek elektif dan tidak wajib kepada semua pelajar. Hal ini menimbulkan isu yang menyebabkan ramai pelajar tidak gemar untuk mempelajari tentang sastera Melayu. Pihak kementerian seharusnya memainkan peranan untuk memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan terhadap sastera Melayu yang semakin lama tidak menjadi tumpuan utama masyarakat. Bukan sahaja melibatkan pelajar dalam bidang STEM, pelajar juga perlu tahu tentang kepentingan sastera dalam kehidupan. 



    Pelajar yang dilahirkan daripada bidang sastera mampu menunjukkan apresiasi dan kreativiti mereka dalam penghasilan karya sastera yang menepati ciri-ciri sastera yang dipelajari. Hal ini mampu menjadikan pelajar yang memiliki sahsiah yang terpuji dan kreatif kerana mereka mahir dalam menilai sastera yang dihasilkan dan dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan mereka.

    

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...