Skip to main content

MENSOSIALISASI PELAJAR ANTARABANGSA DAN TEMPATAN

 




Isu sosial antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa adalah suatu perkara yang patut dititikberatkan khususnya di Malaysia. Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai program yang diwujudkan di institusi pengajian seperti program pertukaran pelajar iaitu dengan membawa masuk pelajar antarabangsa untuk menimba ilmu di luar negara dan sebaliknya. Hal ini membolehkan pelajar untuk mendapat pengalaman belajar di luar negara sama ada dari segi bahasa, budaya dan mampu meningkatkan sosial antara pelajar. 


    Peranan masyarakat tempatan adalah sangat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam suasana belajar yang aman. Ramai pelajar dari luar negara telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Rata-rata pelajar antarabangsa yang belajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia banyak meluahkan rasa penghargaan sepanjang pengalaman mereka belajar di negara kita. Mereka mampu mempelajari tentang pelbagai corak budaya yang terdapat di negara kita kerana Malaysia adalah terkenal dengan masyarakat yang berbilang budaya, bangsa dan agama. 

    Seperti kita tahu, majoriti masyarakat adalah terdiri daripada agama Islam dan ini menjadi simbolik kepada masyarakat kita. Hal ini mampu untuk memberi pendedahan dan membuka mata pelajar antarabangsa. Perkara ini dapat dijadikan garis panduan kepada mereka apabila pelajar tempatan dapat memberikan contoh yang terbaik kepada mereka. 

    Isu sosial antara pelajar tempatan dan antarabangsa banyak dibincangkan kerana dikatakan pelajar tempatan ramai yang terdiri daripada seorang yang peramah. Sifat mudah mesra dengan orang lain membolehkan pelajar antarabangsa rasa selesa dan mudah bergaul untuk menyesuaikan diri di tempat baru. 

    Hakikatnya, kebanyakan pelajar antarabangsa memberikan komen positif sepanjang pengalaman mereka menimba ilmu di negara kita. Perpaduan antara masyarakat tempatan juga amat kukuh menjadikan mereka banyak belajar dan hal ini banyak menyumbang kearah pembangunan negara. Perkara ini juga mengelakkan mereka merasa kejutan budaya untuk mudah menyesuaikan diri walaupun negara kita adalah agak unik kerana terdapat pelbagai budaya. 

Comments

Popular posts from this blog

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

Sulalatus Salatin : A.Samad Said

      Sulalatus Salatin tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di bibir pencinta karya sastera sejarah Melayu. Karya Sulalatus Salatin ini ditulis oleh seorang karyawan negara yang cukup hebat dalam dunia sastera Melayu iaitu A. Samad Said Penulisan beliau dalam karya tersebut telah menjadi suatu rujukan yang lengkap  kepada semua bangsa Melayu kerana mengandungi pelbagai perkara yang berkaitan bangsa kita dari pelbagai aspek. Beliau telah menulis pelbagai karya yang menarik yang mampu memupuk semangat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Antara karya beliau yang unggul adalah Salina dan Hujan Pagi. Penghayatan beliau dalam memartabatkan sastera negara amatlah tinggi hingga mampu untuk memenangi pelbagai anugerah dalam industri sastera tak kira di peringkat negara mahupun antarabangsa.      Sulalatus Salatin adalah suatu nama yang klasik yang diterbitkan oleh karyawan tersebut. Tajuk tersebut telah diterjemahkan menjadi Sejarah...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...