Skip to main content

Posts

BBK 3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

Kursus Penglahiran Bakat Kreatif dengan kod BBK3410 adalah antara kursus yang didaftar bagi sem kali ini. Kursus ini banyak mengajarkan tentang karya-karya sastera Melayu dan juga penulis karya yang banyak menghasilkan karya kreatif Melayu di negara kita.     Dalam matapelajaran ini, banyak memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pelajar berkaitan cara-cara untuk menghasilkan karya kreatif dengan betul dan berlandaskan format yang telah ditetapkan tanpa mengubah unsur estetika karya tersebut. Antara yang dipelajari daripada kursus ini adalah melalui tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu tugasan menghasilkan cerpen dan sajak. Setelah beberapa minggu mempelajari unsur-unsur yang bersesuaian untuk menghasilkan karya tersebut, saya berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan berjaya dengan mengikuti kriteria yang ditetapkan.      Sepanjang proses pembelajaran, kursus ini juga banyak mengajar untuk mendalami dan menghayati karya sastera. Selain itu, menge...
Recent posts

Budaya Tempatan Kian Terhakis

  Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 67 tahun dan ianya bukanlah suatu perjuangan yang mudah. Pemerintah negara yang terdahulu telah banyak memperjuangkan hak negara kita apabila telah banyak dijajah oleh orang asing. Negara kita telah banyak menghadapi cabaran dan ancaman dari segi budaya, agama, dan gaya hidup masyarakat. Antara ancaman terbesar yang pernah dihadap iaitu kepada pemimpin negara kita sendiri untuk mencapai kemerdekaan bagi mempertahankan segala hak yang sepatutnya diperjuangkan oleh rakyat Malaysia.     Namun, sungguhpun negara kita dikatakan telah merdeka telah lama. Tanpa kita sedar, hingga kini negara kita masih lagi dijajah secara halus. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat kini masih lagi mengamalkan gaya hidup dan budaya Barat khususnya golongan remaja. Sebagai contohnya, penggunaan media sosial kini semakin berleluasa dan banyak memberi pengaruh buruk kepada golongan masyarakat kini tidak mengira usia dan lapisan masyarakat....

MENSOSIALISASI PELAJAR ANTARABANGSA DAN TEMPATAN

  Isu sosial antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa adalah suatu perkara yang patut dititikberatkan khususnya di Malaysia. Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai program yang diwujudkan di institusi pengajian seperti program pertukaran pelajar iaitu dengan membawa masuk pelajar antarabangsa untuk menimba ilmu di luar negara dan sebaliknya. Hal ini membolehkan pelajar untuk mendapat pengalaman belajar di luar negara sama ada dari segi bahasa, budaya dan mampu meningkatkan sosial antara pelajar.       Peranan masyarakat tempatan adalah sangat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam suasana belajar yang aman. Ramai pelajar dari luar negara telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Rata-rata pelajar antarabangsa yang belajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia banyak meluahkan rasa penghargaan sepanjang pengalaman mereka belajar di negara kita. Mereka mampu mempelajari tentang pelbagai corak budaya yang terdapat di negara ...

ISU SASTERA: SASTERA FEMINISME DI MALAYSIA

    Kebangkitan isu feminisme telah menjadi perbincangan utama dalam isu sastera mutakhir ini. Hak wanita kini semakin dipersoalkan dan dibahaskan dengan lebih jelas dan berani. Andai dahulu wanita dipandang remeh kerana sikap wanita yang dipandang lemah oleh segelintir masyarakat. Kini, dunia sudah berubah dan semakin canggih suara wanita semakin didengari dan dipertahankan hingga akhir.     Sastera adalah menjadi suatu medium yang penting untuk menyampaikan idealis berkaitan feminisme. Feminisme dalam sastera juga telah banyak dihasilkan bagi meningkatkan semanagat tersebut dalam jiwa masyarakat seterusnya membuka masyarakat tentang kepentingan wanita dan hak mereka dalam masyarakat. Dikatakan juga, wanita telah banyak ditindas dari segi ekonomi, pendidikan dan juga dari segi biologi yang mula menindas kedudukan mereka.      Dari sudut islam juga, martabat wanita telah dijunjung tinggi dan hak mereka terjaga. Islam telah meletakkan wanita di keduduk...

ISU SASTERA : PERKASA KESUSASTERAAN MELAYU

        Isu sastera pada peringkat sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi saban hari semakin hangat diperkatakan dek kerana dikatakan telah terhakis ditelan zaman. Subjek sastera di sekolah telah dipandang remeh oleh kerana pelbagai isu yang berbangkit seperti kebolehpasaran bekerja dalam bidang tersebut. Kini, subjek STEM lebih menjadi pilihan kerana dikatakan peluang pekerjaan dalam bidang STEM lebih meluas dan banyak jika ingin dibandingkan dengan sastera.      Stereotaip masyarakat banyak mengatakan bidang sastera tidak meluas dan graduan daripada bidang tersebut hanya mampu melanjutkan minat mereka untuk menjadi seorang pensyarah, guru dan pengarang sahaja sedangkan lebih banyak bidang kerja yang mampu diaplikasikan ilmu sastera. Gejala ini semakin berlarutan dan akhirnya tidak banyak sekolah yang mula menawarkan aliran sastera kepada pelajar. Hal ini adalah untuk membolehkan sekolah memfokuskan pelajar kearah bidang lain contohnya aliran...

ISU SEMASA

UiTM: Cadangan Terima Bukan Bumiputera      Baru-baru ini, kecoh mengatakan bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal membuka peluang untuk golongan bukan Bumiputera bagi melanjutkan pelajaran di institusi tersebut. Umum mengetahui bahawa UiTM antara satu-satunya IPTA yang hanya menerima pelajar yang terdiri daripada golongan Bumiputera sahaja. Hal ini mula menjadi hangat apabila semua pihak terutamanya pelajar UiTM sendiri mogok dan mula membantah keras cadangan tersebut. Hal ini adalah kerana ia telah mencabar keistimewaan dan kedudukan yang diperolehi oleh pihak pelajar yang melanjutkan pelajaran di situ sebagai seorang pelajar Bumiputera.      Berikutan isu ini, pada hari bertarikh 16 Mei 2024, pelajar UiTM mula memulakan gerak langkah untuk membantah daripada keputusan itu dilaksanakan oleh pihak atasan. Rata-rata pelajar mula berkempen untuk tidak mahu pelajar bukan Bumiputera melanjutkan pelajaran di sana. Pelajar berkempen dengan memakai pakaian...

KRITIKAN DRAMA

      Drama merupakan sebuah drama hasil karya Sharulezad Mohameddin yang telah ditayangkan di kaca tv dan dibintangi oleh pelakon Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Drama ini telah banyak menyebabkan perasaan rakyat Malaysia kacau bilau akibat plot drama ini menarik dan penuh dengan emosi yang turun naik. Drama ini banyak memberi pengajaran dari awal hingga akhir cerita. Hal ini kerana drama ini banyak menyelitkan elemen islamik seperti watak Nur sendiri. Drama ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang dipaksa untuk menjual diri demi keluarga. Setelah Nur meningkat dewasa, dia cuba untuk berubah dan mula tertarik untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam tambahan lagi apabila telah berjumpa dengan Ustaz Adam. Nur juga banyak mengalami kritikan oleh orang sekekliling yang mula mengkritik dia untuk berubah ke arah baik kerana telah dianggap pendosa dan kotor kerana masa lalunya sendiri. Drama ini banyak mengetengahkan kritikan sosial yang banyak menilai m...