Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

ISU SEMASA

UiTM: Cadangan Terima Bukan Bumiputera      Baru-baru ini, kecoh mengatakan bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal membuka peluang untuk golongan bukan Bumiputera bagi melanjutkan pelajaran di institusi tersebut. Umum mengetahui bahawa UiTM antara satu-satunya IPTA yang hanya menerima pelajar yang terdiri daripada golongan Bumiputera sahaja. Hal ini mula menjadi hangat apabila semua pihak terutamanya pelajar UiTM sendiri mogok dan mula membantah keras cadangan tersebut. Hal ini adalah kerana ia telah mencabar keistimewaan dan kedudukan yang diperolehi oleh pihak pelajar yang melanjutkan pelajaran di situ sebagai seorang pelajar Bumiputera.      Berikutan isu ini, pada hari bertarikh 16 Mei 2024, pelajar UiTM mula memulakan gerak langkah untuk membantah daripada keputusan itu dilaksanakan oleh pihak atasan. Rata-rata pelajar mula berkempen untuk tidak mahu pelajar bukan Bumiputera melanjutkan pelajaran di sana. Pelajar berkempen dengan memakai pakaian...

KRITIKAN DRAMA

      Drama merupakan sebuah drama hasil karya Sharulezad Mohameddin yang telah ditayangkan di kaca tv dan dibintangi oleh pelakon Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Drama ini telah banyak menyebabkan perasaan rakyat Malaysia kacau bilau akibat plot drama ini menarik dan penuh dengan emosi yang turun naik. Drama ini banyak memberi pengajaran dari awal hingga akhir cerita. Hal ini kerana drama ini banyak menyelitkan elemen islamik seperti watak Nur sendiri. Drama ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang dipaksa untuk menjual diri demi keluarga. Setelah Nur meningkat dewasa, dia cuba untuk berubah dan mula tertarik untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam tambahan lagi apabila telah berjumpa dengan Ustaz Adam. Nur juga banyak mengalami kritikan oleh orang sekekliling yang mula mengkritik dia untuk berubah ke arah baik kerana telah dianggap pendosa dan kotor kerana masa lalunya sendiri. Drama ini banyak mengetengahkan kritikan sosial yang banyak menilai m...

KRITIKAN FILEM

      Filem Mat Kilau telah diterbitkan oleh pengarah terkenal di Malaysia iaitu Syamsul Yusof. Filem ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat Melayu kerana ia menceritakan kembali sejarah Melayu sewaktu zaman tanah Melayu dijajah oleh British dahulu. Penghasilan filem ini telah membuat ramai masyarakat Melayu yang dapat meningkatkan semangat nasionalisme dalam diri. Filem ini telah mendapat rating tertinggi yang dihasilkan. Berdasarkan pengalaman aku sendiri menonton filem ini, filem ini banyak memberi pengajaran dari segi penghargaan dan penghayatan terhadap sejarah Melayu kerana zaman sekarang masyarakat muda telah mula lupa dengan sejarah tanahair yang telah dijajah oleh penjajah asing dahulu. Dengan penghasilan filem seperti ini mampu sedikit sebanyak menaikkan jiwa patriotisme dalam kalangan anak muda. Pada pandangan aku, filem seperti ini seharusnya lebih banyak lagi dihasilkan oleh pengarah Melayu kerana generasi sekarang lebih tertarik untuk...

LOKASI YANG DIKUNJUNGI

 CITY OF HISTORY : MELAKA           Lokasi yang dikunjungi olehku di Malaysia yang hingga kini mekar diingatan ini adalah negeribersejarah di Malaysia iaitu Melaka. Pelbagai tarikan yang terdapat di Melaka yang  membuat aku tertarik untuk menulis tentang negeri ini.      Saat pertama kali aku sampai di Melaka adalah waktu aku berumur 12 tahun. Pada ketika itu, sekolah telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke Melaka dan aku berpeluang untuk menyertai program tersebut. Itu merupakan kali pertama aku keluar untuk pergi bersama pihak sekolah.      Sewaktu di sana, antara lokasi yang paling aku minat adalah Melaka Rivercruise. Suasana menaiki cruise pada waktu malam amatlah menarik dan tenang. Lampu-lampu malam yang menghiasi laluan jambatan sepanjang cruise itu sungguh cantik dan ceria.      Seterusnya, tempat lain di Melaka yang menarik adalah suasana naik beca pada waktu malam. Suasana berjalan p...

TOKOH MOTIVASI : DATO DR. FADZILAH KAMSAH

BIODATA  Nama: Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah Nama Gelaran: DMFK Tarikh Lahir: 16 Julai 1951 Nama Ibu: Aishah Abdul Samad Tempat Lahir: Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor Adik beradik: Anak ke-2 daripada 12 orang adik beradik Isteri: Sharifah Bt. Mohd Nor, dikurniakan 3 cahaya mata PENDIDIKAN Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah,Klang, Selangor Sekolah Tinggi Klang, Selangor 1975 :Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya (UM) & pelajar terbaik Fakulti Sains Universiti Malaya. 1975-1977 :Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan, Wisconsin University, USA 1981-1984 :Doktor Falsafah Organization Communication, Universiti Wisconsin, USA KERJAYA      Dato' Dr, Hj. Mohd Fadzilah Kamsah merupakan seorang Pakar Motivasi & Komunikasi yang tersohor di Malaysia dan beliau kerap muncul di kaca TV, radio dan dalam suratan akhbar bagi memperluaskan lagi kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan...

TOKOH AGAMA : TOK GURU NIK AZIZ

    Tokoh agama yang ingin diceritakan kali ini amatlah menyayat perasaan aku. Tatkala namanya disebut aku menjadi sebak dan sayu merindukan sosok tokoh agama yang amat berjasa kepada masyarakat, negara dan agama Islam ini. Tokoh agama tersebut ialah Nik Aziz Bin Nik Mat, ataupun dikenali dengan panggilan Tok Guru Nik Aziz, namanya tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu.     Sebelum aku meneruskan lagi penulisan berkaitan beliau, aku ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku waktu kecil dahulu bersama beliau. Sewaktu kecil dahulu, aku berpeluang untuk mendapat berkat bercukur dengan arwah Tok Guru Nik Aziz di Kelantan. Sungguh bangga diri ini apabila ibuku menceritakan bahawa aku merupakan antara yang bertuah untuk merasakan itu waktu kecil sedangkan adik beradikku yang lain tidak berkesempatan untuk merasakan bercukur dengan arwah. Hal tersebut sehingga hari membuat diriku bangga dan bersyukur. Aku bahkan tidak sempat mengenali beliau kerana waktu bel...

Warisan Budaya di Malaysia

     Malaysia tidak asing lagi dengan kepelbagaian budaya dan warisan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama iaitu Melayu,Cina & India yang hidup makmur bersatu padu antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan warisan budaya yang diamalkan di Malaysia amat pelbagai kerana setiap kaum mempunyai ciri-ciri serta budaya yang tersendiri dengan keunikan masing-masing. Setiap kaum membawa identiti tersendiri dari pelbagai aspek. Identiti yang berbeza ini mampu menyemarakkan lagi semangat perkauman yang diamalkan di Malaysia. Antara aspek yang mampu membezakan kaum di Malaysia adalah dari segi pakaian tradisional yang dipakai oleh setiap kaum mengikut budaya mereka tersendiri. Baju Melayu & Baju Kurung Pakaian baju melayu dan baju kurung merupakan simbol kepada kaum melayu. Pakaian tersebut adalah pakaian tradisonal yang dipakai oleh orang Melayu saat terdapat ...